DOL Said atau nama sebenar beliau Abdul Said lahir dalam tahun 1773 di Naning, Alor Gajah, Melaka dan berasal dari suku Semelenggang merupakan seorang pahlawan Melayu yang kental. Ini kerana Dol Said memiliki sifat berpantang mati sebelum ajal.
Sejak kecil lagi, sifat keberaniannya mula diperlihatkan apabila beliau mula belajar ilmu mempertahankan diri atau seni silat sejak berusia enam tahun. Sungguhpun berasal dari golongan keluarga yang susah, namun Dol Said sentiasa berusaha untuk memajukan diri, agama dan bangsanya.
Dol Said seorang yang tekun mengaji, cekap dalam seni mempertahankan diri dan sentiasa dihormati orang ramai. Beliau juga seorang yang taat kepada kedua orang tuanya.
Kebangkitan Dol Said
Taring Dol Said mula kelihatan apabila beliau dilantik sebagai Penghulu Naning menggantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799 sewaktu berumur 26 tahun. Dol Said merupakan pemerintah Naning yang kesembilan membantah pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak British.
Tentangan orang melayu yang pertama terhadap kuasa luar ialah dearah Naning (Alor Gajah). Ini adalah kerana British telah campurtangan dalam hal ehwal politik dan pentadbiran negeri tersebut dan jelas dapat dilihat apabila British menguasai Melaka dan mendakwa bahawa Naning adalah sebahagian daripada Melaka.
Pihak British telah menegaskan bahawa segala peraturan yang dijalankan di Melaka akan turut dilaksanakan di Naning dan kenyataan ini bercanggah dengan nilai-nilai tradisi dearah Naning.
Pihak British telah meminta Naning memberi satu persepuluh daripada hasilnya. Ini sebagaimana Naning memberi kepada Belanda dahulu dan perjanjian dengan British pada tahun 1801. Menurut perjanjian tersebut, Naning perlu menyerahkan satu persepuluh hasil negerinya. Bagaimanapun, pihak Naning menjelaskan bahawa pemberian kepada Belanda itu atas tanda persahabatan dan tanpa paksaan.
Ketegasan pihak British dan Dol Said telah menyebabkan kegentingan antara kedua-dua belah pihak dan pada 1831 British telah menghantar satu ekspedisi bersama 200 orang tentera menyerang Naning akan tetapi dapat dipatahkan oleh Dol Said dan pengikut-pengikutnya.
Beliau secara keras membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam dua kempen peperangan.
Dol Said Pahlawan Melayu Melaka
Peperangan Naning, yang berlaku pada tahun 1834 telah menjadikan Dol Said seorang wira yang berani yang telah mengukir di sejarah Melaka. Beliau kemudiannya diberi gelaran Penghulu Dol Said. Dengan pimpinannya itu, beliau telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai 1,000 orang untuk menentang British dalam Perang Naning yang bermula pada 6 Ogos 1831 dan berakhir pada 24 Ogos 1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang.
Dalam peperangan tersebut, Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan dan sebab utama kejayaan tersebut adalah kerana perpaduan yang wujud di kalangan orang Melayu serta sokongan orang Melayu di wilayah yang lain.
Pada ketika itu, nama Penghulu Dol Said kedengaran di mana-mana tempat. Semua penduduk terutama bangsa Melayu menghamburkan pelbagai pujian terhadap keberanian beliau selaku pemimpin yang menegakkan hak-hak orang Melayu.
Bagaimanapun, yang enggan mengaku kalah dan tidak berpuas hati, sekali lagi bertindak melancarkan serangan ke atas Naning untuk mengembalikan maruah mereka yang kononnya tercalar, sekitar tahun 1982. Dan pertempuran kali ini telah memihak kepada British.
Dol Said akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam perang Naning kedua pada Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan akhirnya Naning jatuh ke tangan British pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832.
Pihak Naning tewas bukan kerana tidak mempunyai kepakaran atau strategi yang jitu, akan tetapi pihak Rembau telah berpaling tadah dengan tidak menghantar tentera mereka seperti dijanjikan kepada Naning.
Pada masa yang sama juga, pihak Rembau telah memberitahu kepada pihak British mengenai kelemahan Naning iaitu pihak Naning hanya boleh dikalahkan dengan menaburkan tulang babi dan anjing kekawasan sempadan Naning.
Oleh yang demikian, berakhirlah kerajaan naning pada 1832 setelah sekian lama bertahan dari serangaan Portugis, Belanda dan British. Kekalahan mereka bukan kerana pihak asing tetapi oleh kerana bangsa sendiri yang menikam dari belakang. Orang melayu hanya dapat mencapai kegemilangannya jika mereka bersatu hati.
Tuesday, 7 February 2017
DATO' BAHAMAN
Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato' Bahaman ialah Orang Besar yang menentang penjajah British di Semantan, kawasannya di negeri Pahang, Tanah Melayu.Dato Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang, Kampar, Sumatera, dan Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan. Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan Bahaman digelarkan 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British.
Dato’ Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak angkat kepada Bendahara Ali dan menjadi rakan sepermainan kepada Sultan Ahmad ketika mudanya. Apabila Sultan Ahmad menaiki takhta, Dato’ Bahaman terus menabur bakti kepada tanah airnya.Pada Januari 1892, pihak Inggeris telah memaksa Sultan Wan Ahmad untuk menamatkan kebangkitan Dato’ Bahaman di Pahang. Satu pasukan yang dinamakan “Gerakan Sultan” telah dilancarkan pada 22 Januari 1892 dengan kekuatan 800 orang. Seramai 140 daripadanya mempunyai senjat api yang dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari Bera. Gerakan ini juga menemui kegagalan kerana selain daripada hanya dapat memusnahkan 11 buah kubu kecil termasuk Kubu Batu Ampar, jejak Dato’ Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak ada tanda-tanda yang memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan pengikut-pengikutnya yang terdekat akan tertangkap. Pada awal bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah berakhir. Untuk sementara waktu, daerah Semantan telah diletakkan dibawah jagaan Abdullah Bera.
Pada Mac 1892, pasukan Dato’ Bahaman berjaya menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato’ Bahaman menjadi lebih hebat kerana dibantu oleh Tok Gajah. Pihak Inggeris kalah dan Abdullah Bera terpaksa pulang ke Bera. Kubu Lubuk Terua dikawal oleh orang-orang dari Cempaka dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan penentangan Dato’ Bahaman terhadap Inggeris.
Pada Mei 1892, Inggeris telah menyerang Lubuk Terua lagi. Pejuang Pahang terpaksa berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu, Ulama Tok Ku Paluh telah menyemarakkan semangat pejuang Pahang untuk berjihad menentang Inggeris. Pada 14 Jun 1894, Kuala Tembeling dan Jeram Ampai berjaya ditawan oleh Dato’ Bahaman bersama 100 orang pengikutnya.
Pada 29 Jun 1894 sepasukan tentera kerajaan Inggeris yang diketuai oleh Jeneral Walker menyerang kumpulan penentang Inggeris yang diketuai oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi di Jeram Ampai, Kuala Tembeling, Pahang. Dalam serangan itu Pemangku Penguasa Ulu Pahang bernama Wise, terbunuh bersama empat anggota polis. Serangan tersebut menyebabkan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Ini menandakan berakhirnya perang menentang Inggeris di Pahang.

MAT KILAU
Mat Kilau juga dikatakan pergi bertapa di Gua Kota Gelanggi yang terletak tidak jauh dari Pulau Tawar untuk mendalami ilmu yang dituntutnya. Gua tersebut masih ada hingga kini. Menurut beberapa pendapat orang-orang lama, gua ini boleh menghubungkan Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Atas dasar pungutan cukai yang menindas dan keangkuhan pihak penjajah, Mat Kilau, Dato Bahaman dan Tok Janggut bersekutu berganding bahu memulakan pemberontakkan ke atas pihak British. Namun begitu, pihak pemberontak tidak mendapat sokongan Sultan terhadap pergerakkan penentangan British pada masa itu. Sultan yang pada masa itu hanya mementingkan darjat dan talian persahabatan dengan pihak British sanggup mengkhianati bangsa dan rakyatnya sendiri bagi mematahkan pemberontakkan di Semantan.
Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Pawang Nong, Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.
- Mat Kilau (1847-1970) merupakan seorang pahlawan Melayu yang berjuang menentang penjajah British di Pahang.
- Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu atau Tok Gajah.
- Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau.
- Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.
- Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai "Dikir Pahang".
- Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras.
- Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, dari Kampung Kedondong.
- Imam Daud adalah seorang guru agama yang disegani di daerah Pulau Tawar, Jerantut, Pahang dan juga merupakan guru mengaji kepada Mat Kilau dan rakan-rakanya.
- Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak.
- Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan.
- Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.
- Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah.
- Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Montok (Hj.Uthman bin Senik) yang merupakan mufti Pahang ketika itu.
Mat Kilau juga dikatakan pergi bertapa di Gua Kota Gelanggi yang terletak tidak jauh dari Pulau Tawar untuk mendalami ilmu yang dituntutnya. Gua tersebut masih ada hingga kini. Menurut beberapa pendapat orang-orang lama, gua ini boleh menghubungkan Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Atas dasar pungutan cukai yang menindas dan keangkuhan pihak penjajah, Mat Kilau, Dato Bahaman dan Tok Janggut bersekutu berganding bahu memulakan pemberontakkan ke atas pihak British. Namun begitu, pihak pemberontak tidak mendapat sokongan Sultan terhadap pergerakkan penentangan British pada masa itu. Sultan yang pada masa itu hanya mementingkan darjat dan talian persahabatan dengan pihak British sanggup mengkhianati bangsa dan rakyatnya sendiri bagi mematahkan pemberontakkan di Semantan.
Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Pawang Nong, Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.
TOKOH HAJI MAT HASSAN BIN MUNAS (TOK JANGGUT)
LATAR BELAKANG
- HAJI MAT HASSAN BIN MUNAS
- DIKENALI SEBAGAI TOK JANGGUT KERANA BELIAU MENYIMPAN JANGGUT HINGGA KE PARAS DADA
- LAHIR PADA TAHUN 1853 , KAMPUNG JERAM PASIR PUTIH , KELANTAN
- MENDAPAT PENDIDIKAN PONDOK DI KELANTAN DAN MAKKAH
- MAHIR DALAM ILMU PERSILATAN
- MENETAP DI KAMPUNG NERING, KELANTAN
- BEKERJA SEBAGAI PETANI DAN PENIAGA
FAKTOR PENENTANGAN 😏
- BRITISH MEMPERKENALKAN PERATURAN CUKAI TANAH YANG MEWAJIBKAN PETANI MEMBAYAR CUKAI TANAH PADA TAHUN 1915
- PETANI DIKENAKAN MEMBAYAR PELBAGAI CUKAI YANG MEMBEBANKAN SEPERTI CUKAI POKOK KELAPA YANG BERBUAH, CUKAI POKOK PINANG, CUKAI DAUN SIRIH DAN TERNAKAN LEMBU SERTA KERBAU
- KESUKARAN MEMBAYAR CUKAI KERANA PEJABAT TERLETAK DI BANDAR
- PENDUDUK YANG GAGAL MEMBAYAR CUKAI AKAN DITANGKAP ATAU DIDENDA
- SIKAP BIADAP PEGAWAI BRITISH YANG BERTUGAS MENIMBULKAN KEMARAHAN PENDUDUK TERHADAP BRITISH
- SENTIMEN ANTI-BRITISH MENINGKAT APABILA KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH MENYERU UMAT ISLAM BERJIHAD MENENTANG PENJAJAH BARAT
- TOK JANGGUT MENYAHUT SERUAN TERSEBUT DENGAN MELANCARKAN PENENTANGAN TERHADAP BRITISH DI PASIR PUTIH
TOK JANGGUT PEJUANG JIHAD
- PERJUANGAN TOKOH YANG NAMA SEBENARNYA , MAT HASSAN PANGLIMA MUNAS ITU CUBA DINAFIKAN , MALAH PERKATAAN JIHAD YANG DILANCARKAN TOK JANGGUT DIGANTI DENGAN " PEMBERONTAKAN" DAN "PENDERHAKAAN "
- INGGERIS BENAR-BENAR MAHU MEMBURUKKAN NAMA BAIK PEJUANG KEBEBASAN YANG BERIKUTAN KESAN DAN PENGARUH TOK JANGGUT YANG BUKAN KECIL
- MEREKA MENGAMBIL KEPUTUSAN MEMBUNUH TOK JANGGUT
- MELANCARKAN PERANG SARAF MEMBURUKKAN TOK JANGGUT DAN PENGIKUTNYA DENGAN HARAPAN GENERASI AKAN DATANG MENGANGGAP LELAKI ITU DAN KUMPULANNYA PENDERHAKA ,PENGKHIANAT BANGSA DAN NEGARA
- WALAUPUN USAHANYA MENENTANG DAN MENGUSIR PENJAJAH DARI BUMI MELAYU TIDAK KESAMPAIAN , SEMANGAT CINTAKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA YANG TERTANAM KUKUH DI JIWA TOKOH ITU DISANJUNG TINGGI SEHINGGA KINI
- BELIAU BELAJAR ILMU AGAMA DI MAKKAH KETIKA BERUSIA 52 TAHUN DAN MASIH DI MAKKAH , PATANI MASIH DIKUASAI SIAM
- MAT HASSAN PULANG KE KELANTAN TATKALA SULTAN DAN PEMBESAR MELAYU DI KOTA BHARU TIDAK TERPEDAYA MELAWAN INGGERIS
- MAT HASSAN JUGA BERHUBUNG RAPAT DENGAN PEJUANG MELAYU PAHANG SEPERTI TOK GAJAH, MAT KILAU DAN DATUK BAHAMAN
Wednesday, 25 January 2017
TOKOH TERENGGANU
HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG
LATAR BELAKANG
HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG
LATAR BELAKANG
- NAMA PENUH: HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABDUL HAMID BIN HAJI ABDUL QADIR
- LAHIR TAHUN 1285 H/1868M.
- DATUK NENEKNYA BERASAL DARI PATANI DAN TERENGGANU
- MENDAPAT PENDIDIKAN ASAS ILMU-ILMU ISLAM SEJAK KECIL DI MEKAH
- GURUNYA IALAH HAJI TUN MUHAMMAD,SALAH SEOREANG BAPA SAUDARANYA
- DI TERENGGANU BELIAU MENDAPAT PENDIDIKAN DARI HAJI YAQUD DAN HAJI MUSA YANG TINGGAL DI PAYA BUNGA
- SEORANG PENGAMAL TARIKAT SAMMANIYAH
SEJARAH PERJUANGAN HAJI ABDUL RAHMAN BIN LIMBONG
HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG mempertahankan hak rakyat kerana rakyat ditindas dikenakan cukai oleh penjajah inggeris.
Mengemukakan hujah-hujah di mahkamah menegaskan bahawa tanah yang dibuka oleh rakyat itu adalah hak ALLAH bukannya hak negeri.
HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG membuka mata putera-putera bangsa mengenali ajaran islam yang sebenar.
Memperjuangkan bahawa bangsa melayu islam adalah mempunyai harga diri jangan dapat ditipu daya daya oleh bangsa penjajah
FAKTOR PENENTANGAN HAJI ABDUL RAHMAN BIN LIMBONG
- KETIDAK PUAS HATI ENGKU JERAM
- KETIDAKPUASAN
- TOK JANGGUT
- PEMBAHARUAN SISTEM CUKAI
KETIDAK PUAS HATI ENGKU JERAM
- Tindakan campur tangan inggeris di paser puteh yg selama ini menjadi pegangan HAJI AHMAD LIMBONG dianggap sebagai mencabar kewibawaan beliau.
- Setelah perlantikan Che Abdul Latif dari singapura,HAJI ABDUL AHMAD LIMBONG telah kehilangan luasa pegangan.Beliau terpaksa membayar cukai tanah yang dimilikinya.
KETIDAKPUASAN TOK JANGGUT
- Oleh kerana pejabat yang terletak jauh dari tempat tinggal menyebabkan beliau menghadapi masalah pengankutan pegawai bertugas.
- Beliau tidak berpuas hati kerana pegawai british memberi kan layanan yang kasar serta tidak memuaskan.
- Tok janggut juga masih berasa marah kerana bapa dan abangnya di bunuh secara kejam oleh pihak british
Pembaharuan system cukai
- British memperkenalkan system cukai yang membebankan semua pihak.
- Cukai tersebut wajid dibayar oleh semua pihak.
- Pada tahun 1915,system cukai tanaman yang lebih ketat diperkenalkan dan semua pemilik tanaman dipaksa membayar cukai walaupun tidak mengusahaknnya menimbulkan ketidakpuasan rakyat kerana mereka hidup dalam keadaan daif.
TOKOH-TOKOH TANAH MELAYU
" RENTAP WIRA SARAWAK "
LATAR BELAKANG
Rentap ialah pahlawan Iban yang menetang British di Sarawak.Nama asal beliau ialah Libau dan digelar Rentap yang bermaksud “penggongcang dunia” . Rentap juga merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas
Rentap menentang James Brooke kerana menganggap orang Iban sebagai lanun dan telah menghapuskan petempatan mereka.James Brooke bertindak mendirikan kubu di Nanga Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban.Pada tahun 1853, Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang dan berjaya serta seorang pegawai British,Allan Lee terbunuhPada tahun 1854, James Brooke berang lalu menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar perkampungan RentapPengikut Rentap berundur ke Bukit sadok dan membina kubu dan mendapat sokongan padu penduduk Iban serta digelar “Raja Ulu”Pada tahun1857, James Brooke menghantar Charles Brooke menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok dan Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban, 500 orang Melayu supaya menyerang kubu tersebut.Malah serangan tersebut gagal kerana kubu pertahanan tersebut kukuh.Pada tahun1863,James Brooke mengetuai sendiri pasukan menyerang Rentap di Bukit Sadok dengan membakar kubu rumah pengikut Rentap
James brooke menggunakan meriam ‘Bujang Sadok’ untuk menetang Rentap manakala Rentap pula menggunakan sejenis meriam besi ‘bujang Timbang’ untuk menetang pasukan James Brooke.Rentap akhirnya berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru tetapi Rentap meninggal dunia.Kesimpulannya,kita dapat lihat bahawa kebangkitan rentap dan pengikutnya membuktikan mereka bukan lanun tetapi pejuang bangsa dan semangat juang rentap diabadikan di Batu Peringatan Rentap
SYARIF MASAHOR
Seorang pemimpin masyarakat Iban dan melanau,beliau dilantik oleh Sultan Brunei sebagai Gabenor Sarikei di Sungai Rajang.Syarif Masahor menetang kerajaan keluarga Brooke
Beliau menetang kerana pengenalan pentadbiran baru seperti , mengambil alih hak memungut cukai , menghapuskan amalan hamba hutang dan amalan pemburuan kepala.
Pada tahun1853, James Brooke mengambil alih kawasan Sungai Rajang sebagai kawasan kekuasaannya dan membina kubu di Kanowit.
Oleh itu,Syarif Masahor membuat pakatan dengan datu Patinggi Abdul Gapur untuk mengusir Brooke dari Sarawak.
Pada tahun1859,mereka menyerang kubu Brooke dan membunuh dua orang pegawai British iaitu Henry Steel dan Charles Fox .Orang Melayu dan Dayak yang terlibat dalam pembunuhan tersebut itu dihukum mati.Pada tahun berikutnya 1860, Syarif Masahor juga menyerang Kuching tetapi dikalahkan oleh Charles Brooke,kapal-kapal ditenggelamkan dan Syarif Masahor sempat melarikan diri ke Brunei.Atas desakan Brooke, Sultan Brunei memerintahakn supaya Syarif Masahor dihantar ke Singapura pada dekad 1850-an dan meninggal dunia pada 1890.
Kesimpulanya, kegagalan penentangan Syarif Masahor adalah kerana tidak wujud penyatuan di kalangan rakyat Sarawak.kebanyakan bangsawan melayu tidak memberi sokongan kepada Syarif masahor kerana mereka lebih setia kepada Raja Brooke.Oleh sebab itu dengan mudahnya Raja Brooke dapat meluaskan kuasanya ke daerah-daerah lain
SHARIF MASAHOR
RENTAP
Subscribe to:
Posts (Atom)