Wednesday, 25 January 2017

TOKOH-TOKOH TANAH MELAYU 

" RENTAP WIRA SARAWAK "


LATAR BELAKANG

Rentap ialah pahlawan Iban yang menetang British di Sarawak.Nama asal beliau ialah Libau dan digelar Rentap yang bermaksud “penggongcang dunia” . Rentap juga merupakan pemimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas

Rentap menentang James Brooke kerana menganggap orang Iban sebagai lanun dan telah menghapuskan petempatan mereka.James Brooke bertindak mendirikan kubu di Nanga Skrang untuk mengawasi pergerakan orang Iban.Pada tahun 1853, Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang dan berjaya serta seorang pegawai British,Allan Lee terbunuhPada tahun 1854, James Brooke berang lalu menawan kubu Rentap di Sungai Lang dan membakar perkampungan RentapPengikut Rentap berundur ke Bukit sadok dan membina kubu dan mendapat sokongan  padu penduduk Iban serta digelar “Raja Ulu”Pada tahun1857, James Brooke menghantar Charles Brooke menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok dan Charles Brooke berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban, 500 orang Melayu supaya menyerang kubu tersebut.Malah serangan tersebut gagal kerana kubu pertahanan tersebut kukuh.Pada tahun1863,James Brooke mengetuai sendiri pasukan menyerang Rentap di Bukit Sadok dengan membakar kubu rumah pengikut Rentap

James brooke menggunakan meriam ‘Bujang Sadok’ untuk menetang Rentap manakala Rentap pula menggunakan sejenis meriam besi ‘bujang Timbang’ untuk menetang pasukan James Brooke.Rentap akhirnya berundur ke Entabai untuk menyusun strategi baru tetapi Rentap meninggal dunia.Kesimpulannya,kita dapat lihat bahawa kebangkitan rentap dan pengikutnya membuktikan mereka bukan lanun tetapi pejuang bangsa dan semangat juang rentap diabadikan di Batu Peringatan Rentap


SYARIF MASAHOR
Seorang pemimpin masyarakat Iban dan melanau,beliau dilantik oleh Sultan Brunei sebagai Gabenor Sarikei di Sungai Rajang.Syarif Masahor menetang kerajaan keluarga Brooke

Beliau menetang kerana pengenalan pentadbiran baru seperti , mengambil alih hak memungut cukai , menghapuskan amalan hamba hutang dan amalan pemburuan kepala.

Pada tahun1853, James Brooke mengambil alih kawasan Sungai Rajang sebagai kawasan kekuasaannya dan membina kubu di Kanowit.

Oleh itu,Syarif Masahor membuat pakatan dengan  datu Patinggi Abdul Gapur untuk mengusir Brooke dari Sarawak.

Pada tahun1859,mereka menyerang kubu Brooke dan membunuh dua orang pegawai British iaitu Henry Steel dan Charles Fox .Orang Melayu dan Dayak yang terlibat dalam pembunuhan tersebut  itu dihukum mati.Pada tahun berikutnya 1860, Syarif Masahor juga menyerang Kuching tetapi dikalahkan oleh Charles Brooke,kapal-kapal ditenggelamkan dan Syarif Masahor sempat melarikan diri ke Brunei.Atas desakan Brooke, Sultan Brunei memerintahakn supaya Syarif Masahor dihantar ke Singapura pada dekad 1850-an dan meninggal dunia pada 1890.

Kesimpulanya, kegagalan penentangan Syarif Masahor adalah kerana tidak wujud  penyatuan di kalangan rakyat Sarawak.kebanyakan bangsawan melayu tidak memberi sokongan kepada Syarif masahor kerana mereka lebih setia kepada Raja Brooke.Oleh sebab itu dengan mudahnya Raja Brooke dapat meluaskan kuasanya ke daerah-daerah lain


SHARIF MASAHOR

RENTAP

 



No comments:

Post a Comment